Bahasa Melayu

Program Suku Kata, Membaca & Pemahaman Bahasa Melayu

Program Suku Kata, Membaca & Pemahaman Bahasa Melayu YelaoShr® mengamalkan pendekatan pembelajaran seluruh otak dengan pengajaran yang interaktif, sistematik dan bersesuaian dengan kecenderungan kanak-kanak untuk membantu mereka mempelajari bahasa Melayu secara efektif.

IMG_0092_副本_副本

Program kami membantu murid-murid menguasai suku kata Melayu, tatabahasa dan pemahaman dengan lebih pantas. Pembelajaran yang seronok dan interaktif boleh membantu kanak-kanak memperbaik kemahiran bahasa dan mutu kerja sekolah mereka.

  • Membangunkan pembacaan melalui kaedah seluruh otak yang inovatif
  • Mengoptimumkan pembelajaran berdasarkan bakat individu
  • Seronok dan interaktif
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun

Proses Pembelajaran

Kanak-kanak mempelajari setiap suku kata dahulu sebelum memasuki tahap ejaan dan latihan. Hanya apabila mereka berjaya menyempurnakan peringkat ini, barulah mereka boleh membaca dan menulis dengan betul tanpa menghafal ejaan.