Jadual Waktu & Yuran

90 Minit Bimbingan Seorang Ke Seorang
Kitaran Pembelajaran Impak Tinggi

Tempoh pembelajaran adalah seperti berikut:

SubjekMasa
1 subjek60 min
2 subjek90 min
3 subjek120 min

Tempoh pembelajaran 90 minit dibahagikan kepada:

i. Masa Pembelajaran: Bimbingan seorang ke seorang untuk subjek yang dipilih.

ii. Masa Santai:

a. Untuk membantu kanak-kanak memulihkan daya tumpuan mereka.

b. Tanpa waktu rehat, kanak-kanak akan belajar secara menghafal. Pembelajaran hafal bukan sahaja menjejaskan keberkesanan pembelajaran, malah mungkin menimbulkan keengganan untuk belajar, seperti yang ditunjukkan oleh pelbagai kajian mengenai psikologi dan fisiologi kanak-kanak.

c. Pada waktu ini, kanak-kanak dibenarkan memilih aktiviti-aktiviti yang mereka minati, seperti membaca buku cerita berilustrasi, permainan atau rehat.

iii. Masa Ulang Kaji & Pengukuhan

a. Daya ingatan manusia dikategorikan kepada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Kita perlu mengulang kaji dan memperkukuh informasi yang diterima dalam kuantiti yang kecil tetapi secara berulangan supaya informasi yang baru diperoleh ini dapat dipindah daripada ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang.

b. Sebab inilah kami mengutamakan pelajar betul-betul dapat menguasai apa yang dipelajari dan tidak semata-mata untuk menyempurnakan sukatan pelajaran.

Bimbingan Seorang Ke Seorang Mengikut Subjek

Bimbingan seorang ke seorang YelaoShr menawarkan kelebihan-kelebihan berikut kepada pelajar:

Pembelajaran mengikut kelajuan individu: Setiap kanak-kanak belajar mengikut kelajuan masing-masing. Di persekitaran sekolah di mana kanak-kanak dengan kelajuan pembelajaran yang berlainan belajar dalam kumpulan yang besar, guru-guru biasanya tidak dapat memberikan perhatian yang secukupnya kepada setiap murid. Bimbingan seorang ke seorang YelaoShr dapat membantu mengatasi kekurangan ini dengan membenarkan setiap pelajar memperoleh perhatian dan bimbingan yang diperlukan untuk belajar mengikut kelajuan masing-masing. Pendekatan ini merupakan kunci untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Pembelajaran mengikut kesesuaian: Kanak-kanak mempunyai personaliti yang berbeza. Tambahan lagi, emosi juga mempengaruhi pembelajaran mereka. Oleh itu, bimbingan seorang ke seorang kami dapat membantu guru-guru memahami personaliti anak anda, corak pembelajarannya dan emosinya pada hari pembelajaran.

Emosi mempengaruhi hasil pembelajaran. Oleh itu, di Pusat Pembelajaran Kreatif YelaoShr, guru-guru kami bukan sahaja ‘mengajar’, malah ‘mendidik’. Kami mengutamakan pendidikan sebelum mengajar seseorang murid. Kami memberikan perhatian yang terperinci kepada keadaan fikiran kanak-kanak agar mereka dapat mengikuti pembelajaran.

Dalam bimbingan seorang ke seorang, guru-guru kami memainkan peranan sebagai seorang guru (untuk mengajar), jurulatih (untuk membimbing), pendorong (untuk menggalak) dan kaunselor (untuk menasihati murid).

Untuk memastikan kanak-kanak gembira belajar, hubungan murid dan guru lebih penting daripada kaedah pengajaran. Oleh itu, suasana pembelajaran mestilah sesuai untuk menggalakkan kepercayaan antara pelajar dan guru di mana kanak-kanak boleh bersikap jujur terhadap guru mereka, tidak perlu bimbang mereka akan disisih oleh guru atau guru tidak prihatin terhadap mereka.

Bimbingan Seorang Ke Seorang oleh Guru Subjek

Sepanjang waktu pembelajaran 90 minit, anak anda tidak dibimbing oleh hanya seorang guru tetapi guru-guru subjek mengikut mata pelajaran yang didaftarkan. Ini menjamin anak anda dapat memperoleh perhatian yang diperlukannya.

Jaminan Kemajuan

Di Pusat Pembelajaran Kreatif YelaoShr, kami menawarkan Jaminan Kemajuan kerana kaedah kami terbukti efektif selama ini. Ia menawarkan ketenangan jiwa kepada para ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka untuk menyertai program kami.

Untuk meyakinkan ibu bapa mengenai kaedah pengajaran kami di samping memastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya, Jaminan Kemajuan ini membolehkan ibu bapa memberi tumpuan pada hasil pembelajaran agar anak-anak mereka dapat memanfaatkan kaedah pembelajaran kami untuk mencapai hasil pembelajaran yang maksimum.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jaminan Kemajuan ini, anda boleh membuat janji temu di pusat pembelajaran kami (klik sini https://teacheryap.com/apt/ms ) dan bawalah anak kesayangan anda untuk satu penilaian untuk memahami tahap pembelajaran semasanya serta terma dan syarat Jaminan Kemajuan kami.

Jadual Waktu & Yuran

161_en

  • Tidak perlu disertai atau ditemani ibu bapa
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang tidak faham bahasa Mandarin atau bahasa Melayu
  • Bimbingan seorang ke seorang oleh guru yang terlatih dan berpengalaman
  • Opsyen 2, 3, 4, 5 atau 6 kali seminggu
  • Yuran bulanan antara RM300 – RM500 bergantung pada tahap dan subjek yang dipilih
  • Yuran sebenar akan dinyatakan selepas sesi penilaian pelajar semasa janji temu
  • Waktu pembelajaran: 2ptg – 9mlm (Isnin – Jumaat); 9pg – 3ptg (Sabtu)
  • Ibu bapa boleh memilih salah satu daripada sesi-sesi berikut:
    2ptg-3:30ptg/3:30ptg-5ptg/6ptg-7:30mlm/7:30mlm-9mlm (Isnin – Jumaat)*
    9pg-10:30pg/10:30pg-12tgh/12tgh-1:30ptg/1:30ptg-3ptg (Sabtu)*
    *Tertakluk pada waktu operasi cawangan.
  • Bantuan untuk pelajar daripada keluarga tunggal dan miskin
  • Sesetengah cawangan di Johor dibuka pada hari Sabtu
  • Untuk waktu operasi setiap cawangan, layarilah https://teacheryap.com/branches/ms