Bahasa Inggeris

Perbendaharaan Kata, Fonik & Pembangunan Otak Kiri dan Kanan

Tip untuk kaum ibu:
Untuk mendidik anak yang cerdik, latihlah telinga, mata, mulut dan jiwanya.

Jika anda tahu bahasa Mandarin, cubalah teka perkataan Cina yang terdiri daripada telinga (耳), mata (眼), mulut (口) dan hati (心)?

Boleh teka? Ya, jawapannya ialah ‘‘ (cōng) yang bermaksud cerdik!

Perkataan untuk ‘cerdik’ dalam bahasa Mandarin terdiri daripada perkataan ‘telinga’ di kiri, dua titik yang mewakili sepasang mata di atas, ‘mulut’ di bawah mata dan ‘hati’ di bawah. Dengan kata lain, untuk mengembangkan kecerdasan, seseorang perlu melihat dengan teliti, mendengar dengan perhatian penuh serta mengungkapkan idea, menulis dan berfikir.

Dirumus khas berdasarkan sistem pengajaran sebutan bahasa Inggeris Cambridge, Program Perbendaharaan Kata dan Fonik Inggeris YelaoShr® merupakan kaedah pembelajaran kreatif yang melatih kanak-kanak membaca, mendengar dan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Melatih ‘hati’ merujuk kepada fokus mental; melatih ‘mata’ merujuk kepada perhatian penuh; melatih ‘mulut’ merujuk kepada membaca dengan jelas; melatih ‘tangan’ merujuk kepada menulis dan mengeja; melatih ‘otak’ merujuk kepada berfikir. Kaedah pembelajaran bersepadu ini memerlukan konsentrasi yang intensif dan membantu murid mengekal dan menggunakan ilmu yang telah dipelajari dengan efektif.

MataMenggunakan Kad Imbasan eFlash untuk menerakan imej dan teks dalam kuantiti yang besar dalam otak melalui mata untuk melatih daya pemerhatian kanak-kanak.
TelingaKanak-kanak mendengar sebutan baku bahasa Inggeris Cambridge untuk melatih daya pendengaran mereka.
MulutKanak-kanak membaca dengan pantas dan berulang untuk mempelajari sebutan perkataan dan ayat bahasa Inggeris yang betul.
TangganPelajar menggunakan jari untuk menunjukkan perkataan sambil membaca dan mendengar bacaannya. Mereka akan mempelajari dan mengeja lebih kurang 500 – 600 patah perkataan lazim bahasa Inggeris.
HatiMeningkatkan daya fokus kanak-kanak dengan melatih dan menggunakan mata, telinga dan mulut secara serentak untuk mencapai prestasi pembelajaran yang optimum!

Melalui Kaedah Pembelajaran High 5™, YelaoShr® membantu kanak-kanak mengamalkan konsentrasi intensif untuk mengoptimumkan prestasi pembelajaran mereka.

Apabila seseorang murid telah mencapai tahap perbendaharaan kata bahasa Inggeris tertentu dan tahu menyebut perkataan-perkataan lazim bahasa Inggeris, barulah pembelajaran diteruskan di tahap latihan fonik.

Fonik ialah kedah pembelajaran bahasa Inggeris yang paling popular pada masa kini. Direka khas untuk kanak-kanak, ia menggunakan kaedah yang interaktif dan menyeronokkan untuk membantu kanak-kanak mempelajari bahasa Inggeris melalui penggunaan berbilang deria. Program ini mengandungi elemen visual, bunyi, dan sentuhan untuk mengajar kanak-kanak fonik dan sebutan bahasa Inggeris.

Secara khususnya, program ini bukan sahaja meningkatkan sensitiviti pendengaran dan mengajar kanak-kanak membezakan sebutan-sebutan yang menyerupai satu sama lain, malah ia juga membantu mereka membina asas yang kukuh dalam pembacaan dan penulisan bahasa Inggeris. Kanak-kanak yang telah menyertai program fonik ini memaparkan prestasi yang lebih baik dalam pembacaan dan latihan rencana.

Perbendaharaan Kata & Fonik Bahasa Inggeris YelaoShr® ialah program pembelajaran bahasa Inggeris yang terbukti efektif untuk membantu kanak-kanak mempelajari bahasa ini berdasarkan kelajuan pembelajaran masing-masing. Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu anak anda memanfaatkan tempoh pembelajaran keemasannya.