Bahasa Cina

Program Celik Perkataan, Membaca & Pemahaman Bahasa Mandarin

Kaedah “Tanggapan Perkataan Mandarin” YelaoShr® memanfaatkan fungsi semula jadi otak kiri dan kanan yang berasingan serta perkataan Mandarin yang bersifat piktografi untuk membantu kanak-kanak mengenal perkataan. Kaedah ini meningkatkan prestasi pembelajaran secara signifikan dari segi kuantiti, kelajuan dan keberkesanan. Pendekatan ini boleh mengatasi masalah kelemahan, kelambatan dan ketidakberkesanan kaedah konvensional.

Otak kanan manusia berfungsi untuk menjalankan tugas yang ekspresif dan kreatif, iaitu mengubah informasi menjadi imej untuk disimpan di hipokampus. Kelajuan memori otak kanan ialah 100 kali lebih cepat daripada otak kiri manakala kapasiti storannya sejuta kali lebih besar daripada otak kiri.

Kaedah pengajaran kami menggunakan potensi otak kanan dengan sepenuhnya bagi mengubah perkataan Mandarin dalam kuantiti yang besar untuk menjadi imej dalam masa yang singkat. Kaedah ini membolehkan otak mengenal perkataan Mandarin seperti sebuah kamera mengambil gambar. Ini seterusnya menjadikan pembelajaran lebih mudah dan natural.

Kaedah sebegini sejajar dengan perkembangan semula jadi otak kanak-kanak. Semakin kecil usia seseorang kanak-kanak, semakin pantas otaknya menyerap informasi untuk membina perbendaharaan katanya. Proses pembelajaran ini juga merangsang penyambungan neuron-neuron lalu meningkatkan keupayaan membaca dan pemahaman kanak-kanak.

Tambahan lagi, penggunaan otak kiri dan kanan secara serentak juga menggalakkan perkembangan otak dan kepintaran.

Kelebihanyls_fb_activate-brain-01

1. Penggunaan otak kiri dan kanan secara serentak
2. Bahan pengajaran bersepadu dengan sukatan pelajaran sekolah rendah
3. Bimbingan seorang ke seorang
4. Pembelajaran yang diperibadikan mengikut keupayaan individu kanak-kanak
5. Pendekatan yang bersifat motivasi dan menyeronokkan
6. Belajar tanpa menghafal

Proses Pembelajaran

Guru akan membimbing murid menggunakan kad imbasan untuk mengenal dan mengingat perkataan. Proses ini bukan sahaja merangsang penggambaran dan perkaitan, malah menjadikan pembelajaran lebih seronok dan senang.

Bahan Pengajaran Yang Sistematik

Murid mempelajari cara mengenal dan membaca perkataan-perkataan lazim. Perkataan-perkataan diulangi dan disertai ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni serta dialog yang pendek dan ringkas. Ciri-ciri ini membangkitkan minat membaca dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Semua petikan adalah saling berkaitan untuk menguatkan organisasi idea, mengandungi cerita-cerita yang menyeronokkan dan bersesuaian dengan tahap pemahaman kanak-kanak bagi meningkatkan pemahaman dan menyemai tabiat membaca.

Anak anda akan dibimbing oleh seorang guru apabila membaca petikan atau cerita dari mula hingga akhir agar dia boleh membaca secara berdikari.