Aritmetik Mental Abakus

Aritmetik Mental Abakus

Apakah itu Aritmetik Mental Abakus?

yls_fb-post_left-right-brain-01

Aritmetik mental abakus ialah pengetahuan dan amalan penghitungan aritmetik yang menggunakan abakus (sempoa) imaginasi dalam minda. Dengan menggabungkan prinsip penghitungan abakus dan daya penggambaran, semua penghitungan aritmetik boleh dilakukan dalam minda dengan pantas, tepat dan setanding dengan peralatan moden seperti kalkulator.

Seseorang kanak-kanak yang dilatih dalam ilmu aritmetik mental abakus boleh menambah, menolak, mendarab dan membahagi nombor dengan pantas tanpa menggunakan pensel dan kertas.

  • Meningkatkan kepintaran
  • Menguatkan daya ingatan
  • Merangsang pemikiran
  • Mencungkil potensi otak
  • Membuka minda

Aritmetik Mental Biasa vs Aritmetik Mental Abakus

yls_abacus-and-mental-arithmetic-fb-post-01

Aritmetik Mental Biasa → Menggunakan BAHASA untuk menggambarkan urutan angka
Aritmetik Mental Abakus → Menggunakan ABAKUS untuk menggambarkan urutan angka

Aritmetik Mental Abakus Menggalakkan Gambaran Mental

Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 4 dan 13 tahun, lebih kurang satu per enam daripada mereka mempunyai kapasiti mental yang lebih tinggi untuk pemetaan minda, iaitu kebolehan minda untuk menangkap dan memproses informasi dalam bentuk visual. Apabila kebolehan ini dikembangkan dengan betul, kebanyakan kanak-kanak boleh menggunakan keupayaan ini dalam kehidupan harian. Ini seterusnya meningkatkan daya ingatan dan membawa faedah kepada pembelajaran sepanjang hayat mereka.

Aritmetik Mental Abakus Meningkatkan Fungsi Kognitif

Aritmetik mental abakus mengaplikasikan sepenuhnya penghitungan abakus, pemerhatian dan aritmetik mental. Oleh itu, ilmu ini menyelaraskan aktiviti otak kiri dan kanan. Dengan fungsi kognitif otak yang dipertingkatkan, pelajar akan menjadi lebih cerdas secara fizikal dan mental.

Dengan memerhati sambil berfikir dan menggerakkan manik sempoa dengan jari, seseorang murid merangsang dan menyelaraskan korteks penglihatan, pertuturan dan motor.

Dengan mendengar, sambil berfikir dan menggerakkan manik sempoa dengan jari, seseorang murid merangsang dan menyelaraskan korteks pendengaran, pertuturan dan motor.

Faedah Aritmetik Mental Abakus

yls_abacus-and-mental-arithmetic-fb-post-1-01

  1. Penggunaan tangan kiri dan tangan untuk menggerakkan manik sempoa membantu perkembangan otak kiri dan kanan yang seimbang.
  2. Penggunaan mata, telinga, tangan, mulut dan minda secara serentak meningkatkan konsentrasi, daya ingatan, pemerhatian, imaginasi dan pemikiran.
  3. Menggalakkan kecerdasan fizikal dan konsentrasi minda.
  4. Meningkatkan kelajuan penghitungan.

Usia Yang Ideal Untuk Mempelajari Aritmetik Mental Abakus

Program ini sesuai untuk kanak-kanak yang berusia antara 3 dan 12 tahun. Jika anda ingin membantu anak tersayang meningkatkan konsentrasi, daya ingatan dan kemahiran menghitung, daftarlah sekarang untuk membantu buah hati anda mencapai potensinya!
[WPSM_FAQ id=2719]