(3-12 tahun) Aritmetik Mental Abakus & Inggeris

Tahun 3-12 (Hujung Minggu) Aritmetik Mental Abakus & Inggeris

Memupuk kepintaran dan keperibadian merupakan tema pendidikan di negara kita pada masa sekarang.

Kita sedia maklum bahawa kaedah pengajaran konvensional di mana guru berdiri di depan dan mengajar murid-murid di dalam kelas tidak lagi dianggap efektif. Penyelidikan dalam bidang neurolinguistik mendapati bahawa ketidakberkesanan kaedah konvensional berpunca daripada gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan individu.

Secara umunya, terdapat tiga cara pembelajaran: Visual (V), Auditori (A) dan Kinestetik (K).

Belajar dengan ‘buku yang terbuka’ hanya berfaedah dan berkesan untuk pelajar visual yang menyerap dan memahami informasi dengan lebih baik apabila ia dibentangkan dalam bentuk tulisan, gambar, gambar rajah dan demonstrasi. Di Asia, kita lebih cenderung kepada pembelajaran visual kerana tulisan Cina bersifat piktografi. Walau bagaimanapun, wujud juga pelajar auditori dan kinestetik. Seseorang pelajar auditori lebih suka mempelajari informasi yang dibentangkan melalui suara seperti dialog, perbincangan, lirik, program TV dan radio. Sebaliknya, pelajar kinestetik lebih suka belajar melalui ‘aksi’ seperti permainan, melancong dan lakonan pentas di mana mereka boleh ‘mengalami’ pembelajaran itu sendiri.

Oleh itu, kaedah pengajaran di bilik darjah pada hakikatnya lebih menguntungkan pelajar visual. Sebaliknya, kaedah ini kurang menarik minat pelajar auditori dan kinestetik. Ini boleh menyebabkan hasil pembelajaran yang kurang memuaskan di kalangan mereka. Akibatnya, pelajar-pelajar auditori dan kinestetik dilabel sebagai pelajar yang ‘lembap’ atau ‘kurang baik’.

Penyelidikan dan amalan pendidikan membuktikan bahawa Kaedah Pembelajaran High 5™ berupaya menawarkan sumber dan latihan yang sesuai untuk membangun penglihatan, pendengaran, pergerakan, pertuturan dan minda kanak-kanak. Dengan pendekatan yang seimbang untuk memenuhi gaya pembelajaran VAK, kaedah ini membantu kanak-kanak menumpukan perhatian penuh semasa pembelajaran.

Program Aritmetik Abakus Bimbingan 1:1 YelaoShr® melatih kanak-kanak menggunakan mata (visual) untuk melihat, telinga (auditori) untuk mendengar, tangan (kinestetik) untuk menggerakkan manik sempoa, dan minda (otak) untuk menumpukan perhatian semasa mereka melakukan pengiraan aritmetik. Di peringkat aritmetik mental abakus, pelajar boleh melakukan penghitungan aritmetik dalam minda. Dengan merangsang korteks kiri dan kanan, neuron diaktifkan secara berterusan untuk memastikan perkembangan otak kiri dan kanan yang seimbang.

Digandingkan dengan program Bimbingan 1:1 Bahasa Inggeris Cambridge YelaoShr® yang mengamalkan Kaedah Pembelajaran High 5™, kanak-kanak boleh mengasah daya penglihatan, pendengaran, pertuturan dan penyentuhan mereka agar menjadi lebih peka.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Dengan kata lain, pengaruh awal mempunyai kesan yang berpanjangan dalam hidup kita. Membantu kanak-kanak membangunkan keupayaan pembelajaran mereka ialah hadiah yang paling bernilai daripada seseorang ibu kepada anaknya.

Dengan kebolehan menumpukan perhatian pada pembelajaran, disokong pula kemudahan teknologi dan internet, kanak-kanak boleh mempelajari pengetahuan dengan mudah sekali. Anak anda boleh mengelakkan dirinya daripada dibelenggu perlumbaan mengejar kejayaan dalam peperiksaan dan meletakkan dirinya di pangkal jalan yang betul untuk menghayati nikmat pembelajaran sepanjang hayat.

Kelebihan cara pembelajaran: Visual (V), Auditori (A) dan Kinestetik (K).

ModKelebihanBagaimanakah mod pembelajaran boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesan pembelajaran?
Visual
  1. Mahir menulis dan melukis gambar rajah
  2. Kemas dan efisien
  3. Daya pemerhatian yang tajam dan peka terhadap persekitaran
  4. Lebih fokus pada imej dan kurang peka terhadap bunyi di perserkitaran
  1. Gunakan gambar rajah dan carta aliran untuk meningkatkan daya ingatan dan pemahaman
  2. Gunakan gambar rajah dan carta aliran untuk membuat nota
  3. Melakar imej untuk memperkukuh daya ingatan dan mempercepat pembelajaran
  4. Membaca catatan dan menyerlahkan isi penting dengan warna
  5. Menghafaz idea yang sukar diingati dengan imej dan tanda
  6. Menggunakan video dan perisian komputer untuk belajar
 

 

Auditori

  1. Mahir mendengar dan aktif menyertai perbincangan kumpulan
  2. Lebih pantas menyerap informasi yang disampaikan secara lisan
  3. Cekap berkomunikasi secara bersemuka
  1. Memilih persekitaran yang senyap untuk belajar
  2. Merekod kuliah atau menonton video yang berkaitan dengan topik yang dipelajari
  3. Menyertai perbincangan kumpulan atau belajar secara berkumpulan
  4. Menukar kandungan atau ayat yang bosan menjadi lirik lagu untuk menguatkan hafalan
  5. Membaca nota dengan kuat semasa mengulang kaji
Kinestetik
  1. Lebih suka pembelajaran amali
  2. Sedar tentang keupayaan dan ketidakupayaan diri

Aktif menyertai pembelajaran yang berdasarkan aktiviti seperti lakon peranan

  1. Elakkan daripada duduk untuk masa yang lama; buat nota tangan semasa kelas untuk meningkatkan keefisienan pembelajaran tanpa mengganggu orang lain
  2. Postur yang baik meningkatkan keselesaan dan fokus
  3. Lebih menyertai eksperimen, lawatan sambil belajar, melancong atau menyertai lakon peranan
  4. Menggunakan komputer untuk membantu pembelajaran terutamanya bahan pembelajaran yang bersifat permainan