(7-12 tahun) YelaoShr® Program Intensif BM & Mandarin

Program Intensif Bimbingan 1:1 Bahasa Mandarin & Melayu (7-12 tahun)

Maju Jaya Dengan Asas Yang Kukuh

Asas yang lemah semasa Darjah 1 dan 2 akan menyukarkan pembelajaran pada tahun-tahun akan datang. Apabila kanak-kanak menghadapi kesulitan membaca, mereka akan menghadapi masalah membuat kerja sekolah dan sukar mengikuti rentak pembelajaran dalam kelas. Prestasi pembelajaran yang terjejas juga akan menyebabkan mereka hilang minat dan bersikap acuh tak acuh. Apabila anak-anak hilang keyakinan diri, masalah pembelajaran mereka akan bertambah buruk dan mencapai titik gentingnya semasa sekolah menengah.

Di YelaoShr®, kami menawarkan bimbingan seorang ke seorang untuk memastikan anak anda memperoleh perhatian penuh dan bimbingan tertumpu daripada guru kami. Kami merumus pelan penyelesaian yang menepati keperluan pembelajaran individu untuk membantu anak anda mengatasi masalah pembelajaran, memulihkan keyakinan diri dan mengembalikan minat pembelajarannya sebelum anak anda melangkah ke zaman sekolah menengah.

✔ Meningkatkan perbendaharaan kata secara pantas
✔ Membina keyakinan diri dan minat belajar
✔ Menyemai sikap pembelajaran berdikari
✔ Memupuk tabiat membaca

Program Intensif Suku Kata, Membaca dan Pemahaman Bahasa Melayu

Tanpa asas yang kukuh dalam Bahasa Melayu, murid-murid Darjah 3 akan menghadapi masalah mengikuti pembelajaran di sekolah. Ini akan menyebabkan mereka tidak menyukai subjek ini dan menjejaskan pembelajaran mereka di peringkat sekolah menengah.

Kebanyakan pusat tuisyen gagal mengenal pasti punca masalah. Tanpa cara penyelesaian yang mengatasi masalah ini pada puncanya, usaha untuk memperbaik prestasi dan mengembalikan minat pelajar terhadap Bahasa Melayu akan menemui jalan buntu.

Program Intensif Suku Kata, Membaca dan Pemahaman Bahasa Melayu menangani masalah ini pada puncanya melalui bimbingan seorang ke seorang. Tanpa tekanan rakan sebaya dan stres mengejar rentak pembelajaran di sekolah, murid-murid boleh mengharungi cabaran pembelajaran dengan mudah sekali.

Guru kami berpengalaman membimbing kanak-kanak yang:
✔ Belum menguasai suku kata
✔ Kurang perbendaharaan kata
✔ Lemah ejaan
✔ Lemah pemahaman
✔ Lemah tatabahasa