(3-8 tahun) YelaoShr® Junior Educare®

YelaoShr® Junior Educare® dengan Kelas Bahasa Intensif untuk Kanak-kanak Berusia 3 – 8 tahun

YelaoShr Junior Educare® dengan Kelas Bahasa Intensif disediakan khas untuk kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah yang masih belum menguasai asas bahasa yang bersesuaian dengan usianya. Oleh sebab kebanyakan ibu bapa kini bekerja di luar rumah, anak-anak mereka biasanya dihantar ke pusat jagaan selepas sekolah. Ini bermakna masa pembelajaran anak-anak di YelaoShr berkurangan. Lama-kelamaan jurang antara celik huruf dan usia mereka semakin hari semakin besar.

YelaoShr Junior Educare® memastikan kanak-kanak dapat menerima bimbingan seorang ke seorang selepas waktu sekolah supaya mereka dapat mengikuti rentak pembelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, anak-anak boleh menikmati aktiviti keluarga dan masa yang berkualiti bersama ibu bapa masing-masing pada hujung minggu dan tidak dibebani kelas tuisyen.

Ciri-ciri Program

♥ Bimbingan seorang ke seorang untuk bahasa Melayu & Mandarin
♥ Memupuk tabiat menyempurnakan kerja sekolah secara berdikari
♥ Memupuk tabiat mengulang kaji ejaan secara berdikari
♥ Memupuk tabiat penting seperti kemas
♥ Memupuk minat mempelajari bahasa Melayu dan Mandarin

Pusat Jagaan Selepas Sekolah lwn YelaoShr Junior Educare®

Pusat Jagaan Selepas Sekolah

  • Kanak-kanak yang sebaya dikumpulkan dalam kumpulan yang sama meskipun mereka mempunyai keupayaan pembelajaran yang berbeza
  • Bersifat tuisyen di mana murid-murid membuat latihan mengikut arahan guru
  • Kanak-kanak bergantung pada guru untuk mengulang kaji
  • Kanak-kanak bergantung pada pengawasan guru untuk menyempurnakan kerja sekolah masing-masing

YelaoShr Junior Educare®

  • Bimbingan seorang ke seorang berdasarkan kelajuan pembelajaran seseorang murid
  • Memupuk sikap berfikir secara berdikari untuk menyelesaikan soalan latihan
  • Memupuk tabiat mengulang kaji ejaan secara berdikari
  • Memupuk tabiat melengkapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan

Objektif & Falsafah YelaoShr Junior Educare®

“Hanya apabila seseorang pelajar tidak menghabiskan semua masanya dalam pembelajaran dan diberi banyak masa untuk dihabiskannya secara bebas, barulah dia boleh belajar dengan cemerlang. Inilah logik pendidikan.” ―Ahli pendidikan Rusia Sukhomlinsky

“Jangan mengubah dunia rohani kanak-kanak menjadi pembelajaran ilmu sahaja. Jika kita membuat kanak-kanak menumpukan semua kekuatan rohaniah mereka pada pembelajaran sahaja, mereka akan menderita. Kanak-kanak bukan pelajar sahaja tetapi seorang insan yang mempunyai minat, keperluan dan keinginan.” ― Ahli pendidikan Rusia Sukhomlinsky

“Hanya pendidikan yang merangsang pelajar untuk mendidiknya sendiri ialah pendidikan yang sejati.” ― Ahli pendidikan Rusia Sukhomlinsky

“Apabila ibu bapa melakukan terlalu banyak untuk anak-anak, anak-anak mereka tidak akan melakukan terlalu banyak untuk diri mereka.” ― Elbert Hubbard, Penulis

“Pendidikan bukan umpama mengisi baldi sahaja tetapi menyalakan api.” — William Butler Yeats, Penyair