(3-8 tahun) YelaoShr® Program Membaca 3 Bahasa

Program Membaca Bahasa Mandarin, Melayu & Inggeris Bimbingan 1:1 (3-8 tahun)
Pusat Pembelajaran Kreatif YelaoShr® Membimbing Anak Anda Mengenal, Membaca, Memahami & Menulis Dalam 3 Bahasa

Lebih Awal Membaca, Lebih Pintar Si Kecil.

Menurut pakar, usia antara 3 dan 6 tahun ialah tempoh keemasan pembelajaran kanak-kanak kerana keupayaan mereka mengenal perkataan adalah paling pantas dan daya ingatan mereka adalah paling kuat dalam tempoh ini. Otak mereka ibarat disk kosong yang sedia menyerap apa jua informasi baru. Pada peringkat ini, menghafal bukan suatu beban tetapi naluri biologi. Oleh itu, sekiranya kanak-kanak dilatih mengenal perkataan pada usia antara 3 dan 6 tahun, mereka boleh menguasai sejumlah 2500 patah perkataan Mandarin, perbendaharaan kata serta sukukata Bahasa Melayu dan Inggeris dalam sukatan pelajaran sekolah rendah.

IMG_01671_副本_副本

Semakin celik huruf, semakin senang kanak-kanak membaca. Sesungguhnya membaca ialah kunci yang membuka pintu ilmu dan menggalakkan perkembangan otak.

Sebaliknya, sekiranya kita menurut cara pembelajaran konvensional yang ditetapkan oleh kerajaan, iaitu hanya mula mempelajari bahasa di peringkat sekolah rendah, maka potensi pembacaan dan pemahaman kanak-kanak akan terkongkong dan seterusnya menjejaskan perkembangan mereka.

Selain itu, mempelajari bahasa pada usia awal boleh mengurangkan beban yang akan dialami kanak-kanak selepas memasuki sekolah rendah. Murid-murid SJK perlu mempelajari 8 mata pelajaran. Perbendaharaan kata yang tidak mencukupi akan merencatkan pembelajaran subjek-subjek lain dan melembapkan minat dan keyakinan mereka apabila mereka gagal mengikuti rentak pembelajaran kelas di sekolah.

Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar SJK

  • Diwajibkan mempelajari 8 mata pelajaran di Darjah 1 (bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris, Matematik, Sains, Moral, Pengajian Tempatan, Kemahiran Hidup)
  • Asas bahasa yang tidak kukuh akan menyebabkan kanak-kanak tidak tahu membaca petikan, tidak memahami kandungan, tidak dapat menyempurnakan kerja sekolah dan lemah dalam keputusan peperiksaan.
  • Gagal mengenal dan membaca banyak perkataan Mandarin sehingga merencatkan pembelajaran.
  • Penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris yang lemah, iaitu tidak dapat membaca dan memahami maksud perkataan.
  • Kurang minat dalam pembelajaran sehingga menghadapi masalah disiplin dan membimbangkan ibu bapa.
  • Masalah pembelajaran semakin meruncing sehingga tercicir dan berhenti sekolah.

Adakah anda ingin anak tersayang menyukai pembelajaran di sekolah?
Adakah anda ingin anak tersayang dapat memahami pelajaran, mengulang kaji dan menyiapkan kerja sekolah secara berdikari?

Adakah anda ingin anak tersayang mempunyai prestasi dan sikap pembelajaran yang baik, tidak mengalami tekanan semasa menduduki peperiksaan dan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan?

Matlamat Kami

  • Mengaplikasikan kaedah pendidikan yang inovatif untuk membolehkan kanak-kanak mempelajari bahasa dengan cara yang senang untuk menumpukan perhatian agar mereka dapat membaca pada usia yang awal serta memupuk minat membaca sejak kecil.
  • Memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak supaya mereka sedia melangkah masuk ke Darjah 1 dan dapat mengikuti rentak pembelajaran di sekolah tanpa tekanan.

Bimbingan 1:1 YelaoShr® menggunakan cara yang kreatif untuk mengukuhkan asas bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris kanak-kanak agar anak anda dapat menguasai 1,500 patah perkataan dan membaca berbilang bahasa dalam masa 2-3 tahun!

90minutes

Faedah Celik Huruf Pada Usia Awal

  • Menguatkan daya ingatan kanak-kanak
  • Melatih daya tumpuan minda
  • Membangun potensi otak kiri dan kanan untuk meningkatkan kepintaran

Program Suku Kata, Membaca & Pemahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

Kebanyakan kanak-kanak bangsa Cina menghadapi masalah mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris kerana ia bukan bahasa ibunda mereka. Selain itu, ibu bapa mereka juga lebih mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris daripada bahasa Melayu di peringkat prasekolah. Ini menyebabkan asas bahasa Melayu yang lemah di kalangan kanak-kanak. Mereka yang belum menguasai suku kata bahasa Melayu akan menghadapi kesukaran pembelajaran apabila mereka memasuki Darjah 1 di sekolah kebangsaan, terutamanya subjek matematik dan sains kerana kedua-dua subjek ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Program Suku Kata, Membaca & Pemahaman Bahasa Melayu & Inggeris YelaoShr® menggunakan kaedah pembelajaran tanpa stres untuk menyemai minat kanak-kanak dalam bahasa Melayu supaya mereka dapat menguasai suku kata, tatabahasa dan pemahaman pada usia yang awal.
yls-left-right-brain-01