(4-6 tahun) Kidoland® Tadika Pintar

Kidoland® Kindi-Pintar

Kids learn by doing all the wonderful things in this wonderland

Kidoland® ialah sebuah pusat pembelajaran prasekolah yang berbeza daripada tadika konvensional. Kami membantu kanak-kanak membina asas tiga bahasa dan mengoptimumkan perkembangan otak kiri dan kanan semasa tempoh keemasan pembelajaran ini agar anak anda dapat memulakan pembelajaran kendiri secara mantap.

Tahun-tahun prasekolah merupakan tempoh pembelajaran yang terpenting dalam hidup seseorang kanak-kanak. Mengoptimumkan keupayaan pembelajaran mereka dalam tempoh ini boleh memastikan dapat kanak-kanak menyesuaikan diri dan menuntut ilmu di persekitaran yang berlainan.

Oleh itu, perkembangan otak kiri dan kanan yang seimbang memainkan peranan yang penting dalam fasa ini. Di Kidoland®, program kami membantu kanak-kanak membangunkan keupayaan kognitif mereka mengikut rentak pembelajaran masing-masing.

kidolandCiri-ciri Program
• Merangsang perkembangan otak kiri dan kanan melalui aktiviti yang interaktif dan seronok
• Melatih daya konsentrasi, pemerhatian dan koordinasi tangan-mata kanak-kanak
• Memupuk sikap bertanggungjawab dan keyakinan
• Menyemai imaginasi dan kreativiti kanak-kanak

Kidoland ≠ Tadika konvensional
Kidoland ≠ Tadika antarabangsa
Kidoland ≠ Pusat bahasa bimbingan seorang ke seorang
Kidoland = Tadika konvensional + Tadika antarabangsa + Pusat bahasa bimbingan seorang ke seorang

Program-program prasekolah kami merangkumi:

  1. Program Celik Bahasa Mandarin Bimbingan 1:1 (Hanban HSK)Menggunakan kad imbasan cerita untuk membantu kanak-kanak mengenal perkataan Mandarin serta meningkatkan daya tumpuan dan ingatan mereka. Langkah ini bukan sahaja membantu kanak-kanak membina asas pembacaan, ia juga meningkatkan perkembangan otak kanan.
  2. Program Bahasa Inggeris Cambridge UK Bimbingan 1:1: Dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris untuk menyediakan suasana yang menggalakkan pertuturan bahasa Inggeris bagi memupuk minat kanak-kanak mempelajarinya. Program ini juga menggunakan aktiviti permainan agar pembelajaran bahasa Inggeris lebih mudah dan menyeronokkan.
  3. Program Bahasa Melayu Bimbingan 1:1: Membantu kanak-kanak menguasai suku kata dan mengenal perkataan untuk membina asas yang kukuh sebelum mereka memasuki sekolah rendah.
  4. Program Aritmetik Mental Abakus: Melatih kanak-kanak menggunakan mata, telinga, tangan, mulut dan minda secara serentak untuk mencapai perkembangan seluruh otak.
  5. Brain Gym®: Berdasarkan pendidikan kinesiologi yang menggunakan pergerakan dan senaman yang ringkas dan natural untuk merangsang aktiviti otak supaya pembelajaran optimum dapat dicapai melalui minda yang cergas.
  6. Double Doodle: Kanak-kanak menggunakan kedua-dua tangan untuk melukis. Kegiatan seni visual dan permainan ini menggalakkan imaginasi dan kesedaran ruang serta meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak.

*Kidoland kini ditawarkan di YelaoShr Sri Petaling. Sesi pagi, petang  dan seluruh hari disediakan. Pendaftaran kini dibuka. Terhad kepada 30 orang  kanak-kanak sahaja. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.teacheryap.com/apt/ms.

https://www.teacheryap.com/wp-content/uploads/2016/11/kidolandvDec16.pptx” download=”none” viewer=”microsoft”]