Kelebihan Pembelajaran

Kelebihan Pembelajaran YelaoShr®yls-improvement-guarantee-logo-01

Pembelajaran Yang Diperibadikan
Kaedah kami tidak dikongkong oleh umur dan darjah. Ini membolehkan setiap pelajar memulakan pembelajaran di tahap yang sesuai dengan keupayaan dirinya. Langkah ini bertujuan membina asas dan keyakinan diri dalam jiwa kanak-kanak dahulu untuk membantu mereka berkembang dan mengikuti rentak pembelajaran di sekolah.

Setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan pembelajaran yang berbeza. Ada yang memerlukan lebih masa atau latihan daripada rakan sebaya mereka. Oleh itu, pendekatan pengajarani yang bersesuaian dengan kelajuan pembelajaran individu boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang sihat kepada kanak-kanak untuk menggalakkan kemajuan.

Bimbingan Seorang Ke Seorang
Kami mengambil pendekatan bimbingan seorang ke seorang supaya guru kami dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada anak anda. Kami tidak berpegang pada kaedah ‘satu saiz untuk semua’. Kami juga tidak membahagikan pelajar-pelajar mengikut umur atau darjah.

Penilaian Keupayaan Pembelajaran
Sebelum pendaftaran, anak anda akan menduduki satu penilaian celik huruf percuma untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapinya. Selepas pendaftaran, satu penilaian yang lebih komprehensif akan diberikan oleh guru untuk menilai tahap kemahirannya dengan lebih mendalam bagi merumus pelan penyelesaian dan bahan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan anak anda.

Pembangunan Otak Kiri dan Kanan Secara Serentak
Tidak seperti kaedah konvensional, Program Celik Huruf dan Aritmetik Mental Abakus YelaoShr® menggunakan ‘tanggapan visual’ dalam pengajaran untuk merangsang kedua-dua otak kiri dan kanan bagi meningkatkan perkembangan seluruh otak.