Kesan Pembelajaran

Kesan Pembelajaran

yls_fb-post_vocab-chart-01

100Pada peringkat permulaan, guru akan menggunakan kad imbasan untuk membimbing murid mengenal perkataan. Ini akan membantu menguatkan daya ingatan kanak-kanak secara beransur-ansur. Pada tahap ini, perkataan dicetak besar dan berwarna merah untuk menarik perhatian dan memperkukuhkan tanggapan  mereka. Kanak-kanak yang berusia antara 3 dan 4 tahun boleh membaca 100 patah perkataan dalam masa 2 bulan.

 


200

 

Secara beransur-ansur, kanak-kanak boleh membaca selepas 3 bulan meskipun perkembangan mereka mungkin berbeza. Ada yang boleh membaca di antara 100 dan 200 patah perkataan dalam masa 2 bulan.

 


500

Sesetengah kanak-kanak yang berusia 4 tahun boleh mengenal 500 patah perkataan dalam masa 8 bulan, iaitu perbendaharaan kata yang bersamaan dengan tahap Darjah 1. Pada tahap ini, anak anda dapat membaca cerita pendek secara berdikari dan guru berperanan membimbingnya membaca, mengasah kemahiran membaca dan menyemai tabiat suka membaca dalam jiwanya.

 


Suku Kata

Menurut pengalaman kami, meskipun kebanyakan kanak-kanak boleh menghafal suku kata, mereka belum tentu boleh membaca petikan bahasa Melayu dengan lancar. Kaedah pembelajaran unik kami boleh membantu kanak-kanak menguasai bahasa Melayu secara efektif. Pada tahap permulaan, guru akan membimbing anak anda menguasai sebutan setiap suku kata sebelum melanjutkan pembelajaran ke tahap latihan menulis. Dengan menguasai suku kata, anak anda boleh mengeja dan menulis dengan betul hanya dengan mendengar sebutan perkataan.


Ejaan

 

Apabila kanak-kanak boleh menguasai kemahiran mengeja dengan mendengar sebutan perkataan, mereka boleh mengeja dengan senang tanpa menghafal.

 


3000Matlamat muktamad celik huruf ialah memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak, bukan semata-mata untuk menghadapi peperiksaan. Kajian menunjukkan seseorang yang menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan boleh membaca dan memahami sehingga 80% kandungan buku biasa dan suratkhabar.