Mengenai Kami

Mengenai YelaoShr® | Yè (Yap) lǎoshī (Cikgu)

Ditubuhkan untuk menyemai minda yang cerdas melalui pembelajaran bimbingan seorang ke seorang, YelaoShr® membantu kanak-kanak mengatasi masalah membaca, bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Pusat pembelajaran kami menawarkan pelbagai program pembelajaran dan disokong oleh pasukan pendidik yang berpengalaman dan komited untuk membina asas yang kukuh untuk kanak-kanak dengan memberi motivasi dan mencungkil potensi kognitif mereka memproses informasi, mengkonsepsikan idea, kemahiran persepsi dan pembelajaran bahasa.

Pusat Pembelajaran Kreatif YelaoShr® diasaskan oleh sekumpulan guru wanita yang dilatih secara profesional, berpengalaman dan berdedikasi terhadap pendidikan. Ia merupakan sebuah pusat perkembangan bahasa serta pusat penjagaan dan pendidikan (educare) yang diyakini oleh para ibu bapa.

Kami menggunakan kaedah-kaedah yang inovatif dan kreatif untuk membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam bahasa dan aritmetik mental abakus dengan matlamat mencungkil potensi otak supaya dapat memanfaatkan tempoh keemasan pembelajaran mereka.

Di YelaoShr®, kami menyediakan bimbingan seorang ke seorang berdasarkan kelajuan pembelajaran seseorang kanak-kanak agar pembelajaran lebih seronok dan tanpa stres. Dengan perhatian penuh daripada guru-guru, kanak-kanak boleh berkembang mengikut keupayaan masing-masing, Ini seterusnya membina nikmat pencapaian dan keyakinan dalam jiwa si kecil. Dengan mempelajari perkataan, membaca dan aritmetik mental, mereka memajukan kemahiran pemahaman, imaginasi dan pemikiran logik. Kesemua ini memainkan peranan untuk memupuk sikap pembelajaran yang baik dan keazaman yang mendorong kanak-kanak menghadapi cabaran dan mencapai kecemerlangan.

• 53 buah pusat pembelajaran di seluruh negara
• Pengalaman lebih daripada 10 tahun
• Lebih daripada 200 orang tutor yang terlatih
• Bimbingan seorang ke seorang di kubikel peribadi
• Lebih daripada 25,000 orang pelajar telah mengikuti program kami